“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan dan berkata:
‘Sungguh,aku termasuk orang-orang muslim
yang berserah diri?”
[Fussilat, 41 : 33]





Monday, February 14, 2011

Fitnah Wanita



Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.”
[HR Bukhari dan Muslim]

wanita terlalu hampir kepada fitnah..setiap apa yang dilakukan mudah terjerumus kepada fitnah..dalam keadaan dunia yang cuba manaikkan taraf wanita setanding lelaki tidak kira dalam bidang apa pun..wanita tidak sedar bahawa sebenarnya mereka sangat hampir kepada fitnah..semakin banyak wanita terdedahseperti yang dikatakan Bro Nicholas dalam talk Valentine:celebration or deception..salah satu lubang kepada maksiat terbuka apabila wanita bebas seperti bebasnya lelaki.. kepada lelaki, semakin besar fitnah yang mungkin dihadapinya..

elokkah wanita bersuara lantang dihadapan lelaki memberi arahan atau provokasi?
patutkah wanita berada dihadapan sedangkan masih ada lelaki yang mampu berada dihadapan?
jawapannya tentu tidak bukan?itulah zaman sekarang yang serba moden..wanita kononnya mampu menjadi sehebat lelaki..sedangkan pada zaman Rasulullah..wanita yang mengikuti peperangan tidak berperang melainkan memasak dan merawat luka..kerana wanita bukan front liner..


Sabda Rasulullah SAW :
”Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya.”
(Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzy dari sh. Abi Hurairah r.a.)


Firman Allah:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan...
[Surah An-Nur:Ayat 31]

Ayat yang wajib untuk wanita pegang sebagai panduan untuk menjadi wanita solehah dan menglakkan fitnah.Namun berapa ramai yang mengamalkan.

Wanita dengan sifat kasih sayangnya amat diperlukan sebagai seorang yang taat kepada suami,menjaga rumah dan melahirkan dan membesarkan pejuang Islam, bukannya bertempur bersama lelaki di alam kerjaya yang tentunya lebih sesuai untuk kaum lelaki yang mempunyai dayasaing yang tinggi sedangkan wanita tidak. Walaupun bekerjaya dan bekeluarga dalam masa yang sama itu boleh dan tidak salah, mengikut pemerhatianku, efficiency lebih rendah. Dalam arus kehidupan yang penuh cabaran,ramai terlepas pandang akan penjagaan kehormatan seorang wanita..doktrin mengejar kejayaan lebih hebat berbanding apa yang sepatutnya..

Solution+Prevention::
-wanita mestilah sedaya upaya menjadi wanita solehah dan bergantung sepenuhnya dengan Allah swt
-wanita tidak mampu melindungi diri 100% jika masyarakat sekeliling tidak ambil cakna akan keselamatan dan kehormatan wanita
-muslimin soleh mesti menyelamatkan wanita solehah

rapuhnya wanita kerana kuatnya lelaki untuk melindunginya
wajibnya wanita menjaga aurat kerana susahnya lelaki menjaga pandangan

cantiknya ciptaan Allah dalam menciptakan kelemahan dan kelebihan wanita dan lelaki yang akhirnya menjadi puzzle yang saling melengkapi..
kehebatan wanita dan lelaki sangat berbeza..masing2 punya kelebihan,namun sayang apabila disama rata kan..

ayuh mencari cinta dan redha Allah..
kepada Allah kita berserah diri~

secebis pandangan dari insan kerdil yang masih bertatih

0 comments:

Post a Comment