“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan dan berkata:
‘Sungguh,aku termasuk orang-orang muslim
yang berserah diri?”
[Fussilat, 41 : 33]





Tuesday, October 19, 2010

final exam~


Segalanya milik Allah..
kita hanya peminjamnya sahaja..jika Allah mengtakdirkan kemenangan,maka segalanya akan berjalan kearah kemenangan..begitu juga sebaliknya..kita adalah hamba yang perlu sentiasa berusaha dan berdoa untuk segala kebaikan dariNya..kerana segalanya telah ditentukan Allah..

begitu juga dengan peperiksaan..musim final exam ni,sangat2 memerlukan bantuan dari Allah s.w.t..moga Allah bagi kekuatan pada semua untuk belajar bersungguh2,kesihatan yang baik dan dapat menjawab peperiksaan dengan mudah dan lancar..[penambahan::bukan musim final sahaja kita memerlukan bantuan Allah,malah sepanjang hayat kita memerlukan bantuan dari Allah dan sememangnya segala-galanya datang dari Allah s.w.t]

hoho~~sangat takut final kali ni..disebabkan FYP yang telah mencuri masa saya dengan banyak sepanjang sem ni,saya telah mengabaikan subjek2..sekarang tengah pulun dalam keadaan yang agak lost..sungguh horror jadinya..bimbang!

moga Allah permudahkan segalanya..ameen~

sekadar menambah semangat belajar diri yang lemah ini..

Thursday, October 7, 2010

Akhlaq dan Adab Jama'i(part 1)

teringat kata2 seseorang suruh saya share isi kandungan usrah selasa lepas ..usrah yang memberi makna pada saya dan saya anggap agak rugi bagi yang tak dapat menyertainya..sedikit sebanyak usrah ini menambahkan kekuatan jiwa yang makin lemah hari demi hari..

isu yang banyak ditimbulkan adalah mengenai akhlak dan adab jama'i..agak khusus untuk para pimpinan atau orang2 yang dinamakan pejuang islam..

akhlaq dan adab jama'i
yang pertamanya adalah isu patuh pada keputusan jemaah..saya sangat bersetuju dengan kata-kata ustaz bahawa sekarang perkara ini makin berkurang dan makin lemah..mungkin silap pimpinan tertinggi, mungkin juga generasi sekarang adalah generasi Y dimana mereka adalah golongan yang ingin tahu dan banyak bertanya..jika tak menepati pendapat sendiri,maka tak nak ikut arahan..bertanya tidak salah,tetapi tidak patuh itu salah dan mengundang kesusahan pada banyak pihak..mungkin juga faktornya adalah kerana tidak faham fiqh aulawiyat..mungkin ini masalah terbesar yang pejuang hadapi..sedangkan jika kita patuh pada arahan yang tidak melanggar syara',InsyaAllah perkara baik yang kita akan dapat setelah itu..adakah arahan sesimple datang study group tuk hanya masa sejam adalah masalah yang berat dan besar dan perlukan penjelasan yang teliti..atau usrah dan konsert,mana lebih penting itu perlukan penjelasan lanjut?itu kes yang simple,yang lain2..?! Tepuk dada Tanya Iman..

Firman Allah:

"dan sesiapa yang berjuang,maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;sesungguhnya Allah Maha Kaya(tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk"
(Surah Al-Ankabut:ayat 6)

oleh itu,kejarlah syurga yang abadi..jangan difikirkan sangat kesusahan kita yang tak susah mana barangkali..boleh jadi jika kita tak susah dengan kerja-kerja memperjuangkan Islam,kita akan lebih susah dengan kerja lain..percaya dan yakin akan bantuan Allah,maka kita akan dipermudahkanNya..

Islam tak perlukan kita,kita yang sebenarnya amat2 perlukan Islam..

Tak menyesal orang yang bermesyuarat,Tak rugi orang yang beristikharah~