“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan dan berkata:
‘Sungguh,aku termasuk orang-orang muslim
yang berserah diri?”
[Fussilat, 41 : 33]





Thursday, March 25, 2010

Cerita Internship

TNB Kenyir vs Sigtech sdn. bhd

setelah menunggu +-2bulan.
lastly,dapat jugak sigtech..
n pada hari yg sama tahu paperwork kuliah feqah(anjuran helwani) lulus..
dua berita gembira on that day..
excited dan gumbira yang amat~
leh menyumbang selagi ada masa..

2pilihan yang lebih kurang pros & conts nye..

but i choose tnb kenyir..
huhu..nape?sbb keselamatan kot+some other reasons..
xde transport kec motor tuk gi keje(kat serdang,dkat dgn mines)..
my lovely brother xbagi gi dgn motor..
& i know he well known yg adik die ni xbape selamat sgt naik motor jauh2..
adik die ni pon said so,mmg xberani sebenarnya~hue
jalan yang sentiasa sibuk lak tu..
manjakah aku??

even sigtech sesuai tuk EE student+ad elaun+ islamic company..
insyaAllah ade hikmahnya nape xbuat kat sigtech..
pasti~

kuliah feqah:
program yang dicita2kan sesi ni..
sedih jugak xleh nak jadi penggerak utama..
mungkin jd ajk jarak jauh je kot..
akan di'inherit' keje tu kat bakal2 helwani tuk buat sementara aku tiada disini..hehe
insyaAllah they will do better than me..
kalo shbt2 masih memerlukan tenaga kecilku ini,akanku dtg..
huhuhu..

moga Allah sntiasa permudahkan urusan kita~

Saturday, March 20, 2010

Kasih - sayang

Fifi & anak2nye yg comey belaka=)



Mama Fifi & Yuhie time baby :p


tenang dan seronok melihat kasih sayang ibu kucing terhadap anak2nya..
mengikut fakta sains : kucing adalah sumber kasih-sayang..

Wednesday, March 17, 2010

Kepimpinan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Diceritakan oleh datuk Saiful Islam(ayah Hassan Al-Banna) : Hassan Al-Banna pada suatu hari Jumaat pernah dikatakan hilang. Keluarga mencarinya namun tidak berjaya ditemui. Akhirnya, ada seorang ahli keluarga menyarankan supaya mereka cuba membuka pintu masjid dan melihat-lihat di dalam masjid, siapa tahu Hassan Al-Banna ada disana. Ternyata benar, mereka menemuinya di mimbar masjid. Ketika ditemui, beliau sedang berkhutbah di mimbar masjid yang kosong tanpa jemaah yang telah selesai menunaikan solat jumaat. Hassan Al-Banna rupanya sedang meniru datuk Syeikh Ahmad Abdurrahman al-Banna rahimahullah, yang menjadi khatib di masjid ketika solat jumaat.

Peristiwa itu menjadi sebahagian persiapan Allah s.w.t kepada Hassan Al-Banna, untuk menjadi orang yang memperjuangkan dakwah Islamiyah. Saiful Islam berkata: "Saya juga ingat,suatu ketika ayah menyampaikan khutbah pada tahun 1946,dalam rangka mengingati tokoh pemimpin Mushtafa Kamil(kader Ikhwan al-Muslimun) yang banyak memainkan peranan dakwahnya. Ketika itu ayah mengatakan"Pemimpin itu ada tiga kategori:Pemimpin yang mencetak dirinya,pemimpin yang diciptakan zuruuf(keadaan) dan pemimpin yang diciptakan oleh Allah s.w.t".Pada pendapat saya,ayah adalah pemimpin daripada kategori yang ketiga"

Imam Hassan Al-Banna adalah manusia Rabbani yang dikurniakan Allah swt pelbagai kemampuan dan keupayaan. Lalu kurnia itu juga diberikan Allah dalam bentuk menumbuhkan keikhlasan dirinya untuk bekerja kerana Allah.

Tuesday, March 16, 2010

Serikandi Islam : Zinnirah

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan aqidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba.Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahaya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati.

Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Seetlah diselidiki, nyatalah bahawa hambanyameniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalh rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T. Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan.

Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya."Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah memeprtahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku. Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh lesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi. Dengan taufiq & hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Saturday, March 13, 2010

Kerja > Masa

aku dah kena migrain balik..masalah demi masalah timbul..namun itulah hidup..xde masalah,x fun..cabaran hidup mematangkan diri..kerja berlambak2, tapi ade pulak orang nk buat hal pelik2..nak abaikan,terfikir jugak..final nextweek,xstudy langsung lagi..3 projek,xsiap2 agi..otak yang terlalu rungsing, menyebabkan migrain yang aku dapat masa handle serikandi datang lagi..dugaan demi dugaan..moga2 cpat sket matang..huhu:p



24 jam..cukupkah?

bangun pagi dan buat ape yang patut, then tibe2 dah lewat malam..badan pun penat..pastu xbuat ape2 dah..

rasa cm 24 jam x cukup tetapi sanggupkah kita nak tanggung amanah masa tambahan jika diberi pilihan tuk tambah masa seharian kita?

kerana kita akan disoal balik di akhirat ttg masa yang kita gunakan didunia..adakah kita gunakan dengan baik..adakah kita byk enjoy..adakah kita memanfaatkan sebetul2nya 24 jam yang kita ada???

kerja yang kita perlu buat sebenarnya lebih banyak dari masa yang kita ada..banyak yang perlu diperjuangkan..banyak yang perlu dipelajari..banyak yang perlu disudahkan meskipun hal keduniaan..terlalu banyak hinggakan xlarat nak fikir..namun kita harus bersyukur jika kita sibuk dengan hal keduniaan yang bermanfaat untuk akhirat dan orang-orang sekeliling kita..lain pula kisahnya jika sibuk dengan hal-hal untuk kepuasan hati dan kepentingan diri,dunia semat-mata..ingatlah bahawa segala yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman sebentar didunia..hanya sebentar..(peringatan terhadap diri terutamanya)

p/s:bak kata ustaz amir, Jangan 'doakan supaya panjang umur' tetapi 'doakan keberkatan umur' supaya hidup kita x sia-sia dan mendapat redha Ilahi..wallahualam

Tuesday, March 9, 2010

Wake up Muslimah!

Wahai wanita yang mengajar orang lain,
Tidakkah sebaiknya kau mengajar dirimu sendiri,
Kau membuat ubat bagi yang sakit dan lemah,
Supaya dia sihat,sedangkan kau sendiri sakit,
Mulailah dengan dirimu sendiri dan hentikan kesesatannya,
Bila kau dapat menghentikannya,maka bijaklah engkau,
Disitulah nasihatmu diterima,ilmumu diikuti,
Dan pengajaranmu berguna
Aku mahu jadi begitu, moga Allah sentiasa memberi aku kekuatan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam perjuangan hidup ini. Aku mahu menjadi kuat, kuat hati dan jiwa..agar aku dapat berkongsi sedikit kekuatan yang aku punyai dengan sahabat-sahabat sekelilingku. Agar aku dapat menyenangkan hati orang-orang sekelilingku. Agar aku semakin kuat apabila mereka kuat. Andai aku perlu menyakiti hati sendiri dan membahagiakan orang lain,aku rela. Namun, tetap ada yang aku lukakan..maafkan aku teman, sahabatmu ini sedang belajar, sedang menguatkan dirinya hanya dengan izin Allah. Aku perlukan taufiq dan hidayahMu dalam melayari kehidupanku.
perbaikilah dirimu dan serulah kepada orang lain~

Monday, March 8, 2010

Wanita Syurga

Sedikit perkongsian hasil dari kuliah wanita surau an-nur[7/3/10] ..

Penyampai : Ustaz Amir Muttaqim
Tajuk : Wanita syurga

Wanita Syurga

2 syarat untuk wanita masuk syurga :
1) Taat kepada Allah dan Rasul
2) Taat kepada suami

1) Taat kepada Allah dan Rasul
i) Cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cinta manusia
ii) Wajib menutup aurat- bertudung menunjukkan ketaqwaan kepada Allah
- tidak berhias seperti wanita jahiliah
iii) Tidak bermusafir dengan lelaki bukan mahram
iv) Bersikap baik terhadap tetangga

2) Taat kepada suami
i) Jaga kehormatan suami
ii) Jaga penampilan diri
iii) 4 faktor merendahkan martabat seorang wanita
1) lupa mengingati Allah kerana sibuk dengan tugas luar dan sibuk dengan anak2
2) mudah tertipu dengan keindahan dunia
- kita harus yakin dengan keindahan syurga yang dijanjikan Allah
3) mudah terpedaya dengan syahwat [Ali-Imran,ayat 14}
4) lemah iman,10 faktor lemah iman
1) Terus melakukan dosa
2) Tidak berminat untuk baca al-Quran
3) Lambat melakukan solat
4) Merendahkan sunnah
5) Gelisah dalam majlis ibadat
6) Tidak merasa apa pun bila mendengar/membaca al-Quran
7) Kesulitan dalam berzikir
8) tidak risau walaupun membuat sesuatu yang melanggar hukum syarak
9) hanya tahu berpesan untuk membuat kebaikan,tetapi x mengamalkannya
10) Takjub dengan diri sendiri @ sombong @merasa diri yang terbaik

Saturday, March 6, 2010

The Way of Love

The Prophet's Path, the Way of Love
Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key

Honey, nectar, sweetness and cream
Orchids blooming by a mountain stream
Starlit skies and waves on the sand
Next to love they can't stand
Next to this love they cannot stand

How can I find a way to express
Something that cannot be thought or guessed
Something more than just words
This love is neither seen nor heard
This love is neither seen nor heard
Love is the rope Given by Allah
It will save you from over flaw
Grasp it then, He will draw you near