“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan dan berkata:
‘Sungguh,aku termasuk orang-orang muslim
yang berserah diri?”
[Fussilat, 41 : 33]





Friday, December 17, 2010

r.a.p.u.h

Detik waktu terus berjalan

Berhias gelap dan terang
Suka dan duka,tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya
DiriMu yang bertahta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
...

satu ketika,saya rasa sangat lemah..saya memang lemah..semangat seolah-olah tenggelam timbul..dalam titian kehidupan menuju cinta Allah yang penuh dengan ujian..dalam arus perjuangan yang penuh badai..kadang-kadang saya tersungkur.tika itu, lelahnya hati hinggakan air mata seolah membeku..namun,saya cuba bangkit..apabila melihat ramai orang merasakan sesuatu yang jauh lebih teruk dari saya..kerdilnya saya tuk terus tersungkur..sedangkan saya punya AMANAH..saya punya tanggungjawab..


hingga satu ketika,saya sedar betapa hinanya diri ini jika terus berduka dengan sedikit ujian dariNya..tika itu,air mata mengalir deras,pada Allah saya mengadu..menyesali kesilapan diri kerana terlalu mementingkan diri..sedangkan Allah turunkan ujian dengan hikmah yang besar..masalah itu didikan dari Allah,tarbiah secara langsung dari Allah untuk kuatkan hati kita..


walau kini,andai saya terhimpit ditengah-tengah dengan aduan lelahnya sahabat sahabiah dalam titian yang sama..saya cuba membantu yang terbaik..kerana itu tanggungjawab saya..saya sedar saya harus kuat,bertahan dengan segala yang mendatang..walau terkadang,saya mungkin tersungkur semula..saya harus bangkit dengan pantas..demi cinta Allah~demi perjuangan yang hakiki..demi sahabat yang memerlukan..demi keluarga yang banyak berkorban..


sekadar muhasabah buat diri yang kerdil~

Sunday, December 5, 2010

Manisnya Ukhuwah~


lame tak usik blog ni..dah jadi blog usang dah..

Tiba2 terasa nak tulis tentang ukhuwah..
kebelakangan ni,terasa ukhuwah sangat manis..bermula dengan Konvoi Walimah Angah,memang asyik gelak & senyum je..duk ramai2,borak2..usik sana usik sini..buat kecoh kat rumah angah,rumah kak ila n resort family kak yah..tidur ramai2 macam kat umah tok..lupa segala masalah~

Tambah lagi,bilamana Baitul Munawwarah selalu dipenuhi dengan sahabat2 yang saya yakin kami berukhuwah keranaNya..terasa ukhuwah terlalu berharga dan indah..penuh dengan cerita2 dari semua..kami makan ramai2,selalunya kak yuz masak(sedap!)..dalam pinggan mahupun talam,riuh rendah rumah ni..tidur ramai2..tengok citer ramai2(bising macam ape je duk komplen citer tu tapi tengok jugak)..solat berjemaah ramai2(sebelum ni xramai sangat)..bila nak pegi meeting atau program,ramai2 cop mengecop toilet..berebut iron..macam2 gelagat dan aksi..memang macam adik beradik!.

Paling best..pergi pasar malam dengan motor ramai2 dalam hujan..cik hani dah offer kete die,ingatkan tak hujan..hujan rupanya..then mandi la hujan ramai2..cam budak kecik tapi sangat seronok..nasib baik takde yang demam(keje banyak nih)..alhamdulillah~

Bersama2 dengan orang fikrahnya sama dengan kita..walaupun sekarang tak cukup ramai,perkara terbaik adalah takde isu ukhuwah..tak pening dengan isu ukhuwah yang pernah menjadi masalah dahulu..moga berkekalan~

Satu minggu yang saya rasa semangat saya sangat menurun disebabkan result,kesihatan dan macam2 lagi terubat dengan adanya perasaan gembira bersama mereka..bukti yang kukuh kenapa kita perlu hidup berjemaah!!

Dalam hepi2,terfikir jugak..mesti rindu semua ni bila dah grad..
moga ukhuwah ni berkekalan sampai syurga~ameen~

huhu~luv u all::ahlul BM+penghuni tambahan BM..
Kerana Allah,saya sayang antumna~

Tuesday, October 19, 2010

final exam~


Segalanya milik Allah..
kita hanya peminjamnya sahaja..jika Allah mengtakdirkan kemenangan,maka segalanya akan berjalan kearah kemenangan..begitu juga sebaliknya..kita adalah hamba yang perlu sentiasa berusaha dan berdoa untuk segala kebaikan dariNya..kerana segalanya telah ditentukan Allah..

begitu juga dengan peperiksaan..musim final exam ni,sangat2 memerlukan bantuan dari Allah s.w.t..moga Allah bagi kekuatan pada semua untuk belajar bersungguh2,kesihatan yang baik dan dapat menjawab peperiksaan dengan mudah dan lancar..[penambahan::bukan musim final sahaja kita memerlukan bantuan Allah,malah sepanjang hayat kita memerlukan bantuan dari Allah dan sememangnya segala-galanya datang dari Allah s.w.t]

hoho~~sangat takut final kali ni..disebabkan FYP yang telah mencuri masa saya dengan banyak sepanjang sem ni,saya telah mengabaikan subjek2..sekarang tengah pulun dalam keadaan yang agak lost..sungguh horror jadinya..bimbang!

moga Allah permudahkan segalanya..ameen~

sekadar menambah semangat belajar diri yang lemah ini..

Thursday, October 7, 2010

Akhlaq dan Adab Jama'i(part 1)

teringat kata2 seseorang suruh saya share isi kandungan usrah selasa lepas ..usrah yang memberi makna pada saya dan saya anggap agak rugi bagi yang tak dapat menyertainya..sedikit sebanyak usrah ini menambahkan kekuatan jiwa yang makin lemah hari demi hari..

isu yang banyak ditimbulkan adalah mengenai akhlak dan adab jama'i..agak khusus untuk para pimpinan atau orang2 yang dinamakan pejuang islam..

akhlaq dan adab jama'i
yang pertamanya adalah isu patuh pada keputusan jemaah..saya sangat bersetuju dengan kata-kata ustaz bahawa sekarang perkara ini makin berkurang dan makin lemah..mungkin silap pimpinan tertinggi, mungkin juga generasi sekarang adalah generasi Y dimana mereka adalah golongan yang ingin tahu dan banyak bertanya..jika tak menepati pendapat sendiri,maka tak nak ikut arahan..bertanya tidak salah,tetapi tidak patuh itu salah dan mengundang kesusahan pada banyak pihak..mungkin juga faktornya adalah kerana tidak faham fiqh aulawiyat..mungkin ini masalah terbesar yang pejuang hadapi..sedangkan jika kita patuh pada arahan yang tidak melanggar syara',InsyaAllah perkara baik yang kita akan dapat setelah itu..adakah arahan sesimple datang study group tuk hanya masa sejam adalah masalah yang berat dan besar dan perlukan penjelasan yang teliti..atau usrah dan konsert,mana lebih penting itu perlukan penjelasan lanjut?itu kes yang simple,yang lain2..?! Tepuk dada Tanya Iman..

Firman Allah:

"dan sesiapa yang berjuang,maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;sesungguhnya Allah Maha Kaya(tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk"
(Surah Al-Ankabut:ayat 6)

oleh itu,kejarlah syurga yang abadi..jangan difikirkan sangat kesusahan kita yang tak susah mana barangkali..boleh jadi jika kita tak susah dengan kerja-kerja memperjuangkan Islam,kita akan lebih susah dengan kerja lain..percaya dan yakin akan bantuan Allah,maka kita akan dipermudahkanNya..

Islam tak perlukan kita,kita yang sebenarnya amat2 perlukan Islam..

Tak menyesal orang yang bermesyuarat,Tak rugi orang yang beristikharah~

Monday, September 27, 2010

precious Weekend~

Tenaga kerja biro program muslimat(+anis tgh buat keje kot)..
Tengah fikir modul yang banyak xsettle kot..
muka2 xcukup tido..

Jungle Trekking bermula..
Tapi muslimin jalan laju sangat,sian muslimat xlarat nak kejar diorang..
pastu marah kami lambat..xsempat nak nikmati keindahan alam..btw,thanx kpd J..,A..&H.. sebab alert dengan condition muslimat..

Kami jadi juri..penuh gelak tawa~
Sketsa-Pentomen-Choral Speaking-Teater Musikal

Persembahan adik2 yg mcm2 aksi..great!
Aksi2 lawak-keinsafan-macam2 lagi

Debate hangat: Isu sekolah bayi

Debat penuh pentarbiyahan..isu logo halal

Modul2 yg dijalankan..
@ Nur Lembah Pangsun yg cantik

Race dengan muslimin..

Muslimat Power!Race je wpon dh tahu akan kalah..

Openhouse Rumah Kak Azlin&Abg Rosli..
balik Smart Camp terus gi makan..

Minggu yang bermula dengan keadaan yg amat2 sibuk dengan macam2 hal..kena hantar assignment+kena hantar progress report 2 project yang memerlukan research yang sangat2 banyak dan meletihkan+program Openhouse PPI+meeting2 Smart Camp+dll menjadikan minggu lepas minggu yang horror pada awalnye dan dengan byknye accident2 yang menghorrorkan jiwa last weekend..

Allah ganti balik perasaan yang tidak seronok last week tu masa smart camp 2010 yang berlangsung weekend baru ni(24/9-26/9/10)..sgt banyak benda2 yang fun dan meninggalkan kesan..mungkin program tersebut tak berjaya dengan gemilangnya..tapi saya rasa seronok walaupun letih..mungkin sebab ukhuwah bersama sahabat2,adik2 dll..

all the activities,jokes,ustazs bring me to relax mode even sometimes something not good were occured..huhu~anyway,i enjoyed my time..

terima kasih Ya Allah sebab bagi saya peluang menyumbangkan sedikit tenaga untuk kerja2 dakwah ini..

Tuesday, September 21, 2010

I was so lost!

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you
You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

You came to me in a time of despair
I called on you, You were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between
For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you
I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH
You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

So many bad things happen to me,don't know how & why..Allah is testing me right now(perhaps),how strong i am..how i overcome all the problems,how strong is my dependence on Him..its hard!And for sure there should be no sigh,no complaint and i have to accept whatever come to me..or it is Kifarah for my sins..hopefully all this make me stronger than ever!!Thank you Allah for everything..

Yeah!! I'm STRONG..nobody should see my miserable face..

Sunday, August 29, 2010

Berakhirlah Legasi Pimpinan PPI 09/10..


Board Pimpinan PPI sesi 09/10



Board Pimpinan PPI sesi 10/11

Maka dengan rasminya board pimpinan Persatuan Pengajian Islam sesi 2009/2010 telah dilucutkan jawatan pada 28 Ogos 2010 dalam sesi Muktamar Sanawi..saya yakin dengan kepimpinan baru mampu memantapkan lagi perjuangan Islam di bumi Uniten..Moga Allah permudahkan segalanya..ameen~

Saturday, August 28, 2010

Umi

rindu sangat2 kat umi..
umi tengah sakit kat hospital..disyaki paru-parunya dijangkiti kuman..pakar jantung pun dah cek kot2 anything wrong dengan jantung gak..makin teruk dari aritu..saya sangat2 bimbang..dah berapa kali kol,tapi takleh cakap dengan umi sebab umi takleh bercakap langsung..adik2 pun sangat harap saya ada kat sana..abah pun kurang sihat..tapi takleh balik,banyak sangat constraint kat sini + jumaat depan nak balik..Allah sedang menguji lagi..saya kena yakin saya mampu hadapi ujian ni..walaupun perasaan saya dah berkecamuk..doa je yang mampu dikirim..moga Allah permudahkan segalanya~Ameen..

maghrib tadi,kami ahli keluarga Baitul Munawwarah dan beberapa sahabat lain dijemput berbuka puasa kat umah Halilah..walaupun constraint masa yang mengcekam2 dengan banyaknya aktiviti hujung minggu ni dan test2,kami pergi..bukan sebab nak makan tetapi nak sangat berkenalan dengan family sahabat sebab yang lain mostly umah jauh2..sesampainya kat sana,tolong2 mak Halilah masak,bukak puasa(makan dalam talam) dengan makanan yang sangat banyak,solat maghrib,isya' dan terawih sama2,pastu dengar cerita study n kerja kakak Halilah yang merupakan ex-student UNITEN..banyak yang diceritakan adalah SG(smart group)..menarik!!

terasa UKHUWAH antara kami..
segala masalah yang membelenggu otak masa tu hilang..rasa tenang sangat2..
mungkin ini salah satu kemanisan ukhuwah dalam bersahabat dengan sahabat2 dalam satu perjuangan yang sama..terima kasih Ya Allah sebab bagi peluang ni kat saya..

masalah hilang kejap,itu nikmat dari Allah..
saya tetap bimbang kat umi..rindu umi,nak balik jaga umi~

Tuesday, August 24, 2010

Muktamar Sanawi ke-12:PPIUNITEN


Cukup setahun legasi Pimpinan Persatuan Pengajian Islam sesi 2009/2010 mencuba sedaya upaya menjalankan aktiviti2 dan amanah yang dipegang..kini menjelang muktamar atau dikenali sebagai Annual Grand Meeting bagi Persatuan Pengajian Islam ke-12..dalam kelegaan kerana akan melepaskan dan mewariskan amanah2 kepada pewaris2 perjuangan yang baru,moga nafas baru akan gemilangkan lagi PPI yang kusayangi..saya yakin bakal2 pimpinan mampu mengorak langkah lebih baik dalam memperjuangkan Islam di UNITEN..

Tapi,saya sangat takut akan perlaksanaan amanah saya selama satu sesi yang pastinya banyak kekurangan..moga Allah mengampuni segala kekurangan saya dalam melaksanakan amanah yang dipegang..

Kenangan selama menjadi pimpinan persatuan bagi ini sesi amat saya hargai..walaupun bercampur2 rasanya,ada yang manis,pahit dsb..ia tetap satu pengalaman yang mematangkan diri saya dan mengajar banyak perkara seperti time management,professional work,public relation,leadership dan banyak lagi..saya percaya ilmu2 ini akan digunakan pada masa hadapan..yang lebih penting yang saya dapat adalah proses pentarbiyahan secara langsung mahupun tidak langsung menguatkan dan mematangkan diri saya..

Perkara yang paling penting adalah ukhuwah antara pimpinan..mungkin ada caca merba nya..namun banyak yang manis setelah pahit yang dilalui..dalam proses mengenali sahabat seperjuangan,mana mungkin semuanya manis dan senang..tapi hasilnya,baik bagi yang baik..Allahualam~

Di mana bumi dipijak,di situ Islam ditegak~
saya sayang PPI..

Sunday, August 22, 2010

Refresh Myself!

Saya manja?oh tidakk..
dua tiga hari ni banyak betul kata2 nasihat tuk saya dari sahabat2 mahupun motivator peribadi saya..
saya makin okey..huhu..thanx buat mereka..rasa cam manja pulak,selama saya tak pernah sedar saya macam sekarang..sememangnya saya tak suka sangat mengadu, tapi diorang bagi semangat tanpa dipinta..terima kasih sume..terima kasih Ya Allah..apela saya ni..

orang suka nampak saya kuat, sebab muka saya muka takde perasaan kot..insyaAllah saya akan senyum je walaupun ada masalah..jarang2 orang detect saya tgh ada masalah sebab saya xsuka cakap kecuali orang yang betul2 rapat akan detect tanpa saya cakap..kalau difikir2kan masalah saya cam takde la besar mane pon..orang lain lagi teruk..saya kena ingat saya ada keluarga yang bahagia, sahabat2 yang sayang saya dan Allah masih pilih saya tuk berjuang..dan ada Allah tuk dengar aduan saya..

teringat masa sekolah rendah,pegi sekolah dengan abang long..die selalu pegi awal sgt2..then die akan hantar saya ke kelas,tapi kelas tu takde orang lagi,lampu pun xbukak lagi..die la yang tunggu sampai ada orang datang, baru die tinggal saya..rehat pun,kadang2 die tolong belikan sebab masa darjah satu saya pendek lagi,selalu kena buli kalau nak beli makanan, then balik sekolah pun dengan dia..sebelum balik dia bawak gi library dulu..pinjam buku satu baru leh balik..huhu..kenangan manis zaman kecik2..terima kasih abang long..

sahabat saya nasihat supaya saya tak dependent..sebab dah besar & nak kawen dah katenye..saya tak kate,huhu..insyaAllah sahabat..sbb saya pun baru sedar saya dependent..i'll try my best to improve myself..

mungkin saya dalam mode rindu family di bulan puasa nih..
rindu muhammad azam akif jugak..

nadhira..nadhira..ish3~

Friday, August 20, 2010

Kelemahan..

Manusia tidak mungkin lari dari kelemahan. Apabila kita melihat kelemahan kita sekali sekala atau kegoncangan dan ketakutan kita sekali sekala atau melihat sekali sekala kecemasan kita dalam menghadapi kesusahan dan bahaya, maka janganlah kita berputus asa dari diri kita dan janganlah kita terlalu terharu hingga menganggap diri kita sudah habis atau tidak layak buat selama lamanya untuk memikul tugas yang besar, tetapi di samping itu janganlah pula kita menyokong kelemahan kita dan menyanjungnya sebagai sifat semulajadi manusia dan janganlah pula kita mempertahankan kelemahan itu dengan alasan ia juga telah dialami oleh orang-orang yang lebih baik dari kita.

Yang perlu kepada kita ialah berpegang teguh dengan tali Allah untuk bangun kembali dari rebah dan memulihkan semula keyakinan dan ketenteraman kita serta menjadikan kemelut yang menggoncangkan hati kita itu sebagai alamat bahawa kita akan mendapat pentolongan dari Allah. Dengan demikian kita kembali menjadi kuat, teguh dan tenang untuk meneruskan penjalanan.

Inilah imbangan yang telah membentuk golongan Muslimin yang menjadi contoh yang unik di zaman permulaan Islam. Merekalah contoh yang disebut-sebut al-Qur’an, di mana diceritakan kisah-kisah perjuangan mereka yang gemilang dan keteguhan mereka memegang janji mereka dengan Allah. Di antara mereka ada yang gugur syahid dan ada pula yang menunggu untuk gugur syahid:

مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى
(Al-Ahzab: نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا ( 23

Maksudnya: “Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang benar benar menunaikan apa yang telah mereka janjikannya kepada Allah. Di antara mereka ada yang gugur syahid dan di antara rnereka pula ada yang menunggu (mati syahid). Dan mereka tidak mengubahkan janji mereka sedikit pun.”

Friday, August 13, 2010

Lemahnya saya!Hebatnya Allah..

cantiknya aturan Allah!Subhanallah..

tadi kami berusrah..usrah adik2..
fisrt2,set nak buat kat surau library..tapi consider orang lain nak solat..so,buat kat DNIM..
10minit sebelum usrah,jumpa Sue(naqibah group PPOU lagi satu)..then cakap2 ttg usrah..then kami terus cadang nak merge usrah sbb adik2 saya selalu sikit & partner saya sibuk arini..then,kami pun bahagi bahagian masing2 n untung tuk group wani n sue sbb sy bawak tajuk lebih..tapi saya untung sebab adik2 saya seronok bila usrah ramai2..kebetulan yang xpernah datang usrah rasa seronok sangat2..rasa cam teratur sangat n idea pun keluar je sepanjang usrah..Alhamdulillah..

habisnya usrah,saya ada appointment dengan Sir Fairuz,supervisor project..mula2 nak gi,hujan..tak berani nak redah sebab takut kesihatan makin teruk..so,hold..then,bile dah pergi..terkejut bila dapat markah project proposal, teruk sangat2..pastu nak balik,hujan lagi..so pergi duk kat surau COIT sampai tertidur kejap..penat sangat..rasa xsihat sangat3..rasa cam nape la teruk sangat hari ni..

bila dah nak berbuka puasa,tibe2 hujan sangat la lebat..hajatnya nak berbuka kat masjid..tapi saya & ema tersangkut kat umah..dah kul7,terpaksa la masak ape2 yang ada..mula2 terfikir,saya diuji lagi..tapi rasa best je masak bersama2..saya cakap kat ema,ni kenangan yang indah,insyaAllah..

pastu teringat mimpi pagi tadi,saya mimpi abang saya bagi kata2 semangat..xtahu ape yang die cakap dalam mimpi tu..tapi yang penting,lepas bangun tidur terasa semangat tu..Allah bagi kekuatan kat saya dengan cara yang xpernah saya sangka..then,saya bermuhasabah jap..fikir tentang hari ni yang menaikturunkan semangat & perasaan..

lepas beberapa ketika,saya rasa bertuah ada hari macam ni..masa saya sangat berharga..terasa manis lepas dapat yang pahit2..walaupun markah tu teruk,kesihatan xbpe bagus n hujan menduga kesabaran..mungkin pengajaran tuk pasni nak hantar progress report atau buat thesis,saya kena buat betul2 dan lebih bersungguh2..walaupun rase cam masa sgt banyak dah diluangkan tuk project..mungkin sir nak jadikan saya engineer yang baik lepas ni..saya xsalahkan die saya dapat markah sikit..saya yang kena sabar n usaha lagi banyak kot..sebab markah sikit,saya rasa lebih bersemangat nak buat project dan belajar..

coincident yang baik bila digabung2kan..
cantiknya kurniaan Allah..
terima kasih Ya Allah..

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Datang Ramadhan



Terasa sangat cepat masa bergerak..
Baju raya tahun lepas pun cantik lagi..
Ramadhan yang dirindui akan tiba beberapa hari lagi..
Moga pentarbiyahan Ramadhan akan menguatkan diri yang sentiasa perlukan pentarbiyahan..
Betapa besarnya kuasa Allah..
Allah sediakan bulan yang cukup baik dan berharga untuk kita~


Mari sama2 memaknakan Ramadhan masing2..
Moga segala amalan kita diterima dan diredhai..
Allahualam~

Sunday, August 8, 2010

Meniti hari-hariku



saje jalan2 ke konvokesyen yang berlangsung kat UNITEN skang..kot2 jumpa senior yang dikenali tuk ucap tahniah disamping meraikan senior2 tersayang..membuatkan sy terfikir, mcm mane la hari konvo nanti..flying colours or x?skang dh 4th year..ade sikit lagi masa tuk kejar pointer yang makin turun akhir2 ni..bimbang pulak..dengan kesibukan projek yang membuatkan semua yang amik FYP sibuk semacam..tambah dengan kepercayaan sahabat2 dlm persatuan dan perjuangan,sangat2 banyak benda perlu di'arrange dan difikirkan disamping study yang memang sangat tunggang langgang..waa..takutnye nak grad..

tambah lagi diri yang xkuat mane pun sebenarnya..kadang2 terasa perlukan 'motivator peribadi' sy yang dh duk jauh dari sy..yang sgt2 sibuk dengan life die yang memang sibuk..sebelum ni,die selalu refresh semangat sy..sy rindu kata2 semangat dari 'motivator peribadi' tu..so,sy amik positive side iaitu Allah nak matangkan sy yang tak cukup matang lagi ni..betul kata 'motivator peribadi' sy,xpe banyak kerja atau masalah,baru matang sket..mungkin dah sampai tahap sy belajar berdiri sendiri & bawa sahabat2 or anak buah bersama2..

walaupun,sy bukan ketua yg baik,bukan jugak kakak usrah yang baik,bukan jugak ketua usrah yang bagus,bukan pembantu ketua yang baik..sy percaya sume ni pentarbiyahan secara tidak langsung buat sy yg nakal ni..cumenye,pergantungan dengan Allah memang kena sangat2 kuat..hanya Allah sebaik-baik penolong..skang dah xleh expect tuk jadi adik yang selalu mengadu susah dgn abang die,kawan yang mengadu letih dgn kawan2 die..banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..sy tahu sy ada Allah disisi sy..yang akan selalu dengar luahan dan tangisan hambaNya yang sguh2 lemah ni..

sy tahu sy akan rindu kampus life ni satu hari nanti..everyday is my precious day & i luv my time..
moga Allah sentiasa permudahkan dan tetapkan sy di jalan juang ini~

~sekadar tulisan meguatkan diri yang makin lemah..
Allahualam..

Thursday, August 5, 2010

Apekah?

serabainye saye..
itulah sy minggu ni..cam semua benda x kena..ke mana menghilang energetic nadhira yang ala-ala xkisah dgn ape jua yang mendatang..terasa lemah sungguh..adakah ini kifarah dosa yg telah sy lakukan..sy bermuhasabah, terasa diri sgt2 kerdil..moga Allah sentiasa tetapkan hati ni dijalan perjuangan..moga Allah permudahkan segala urusan..

teringat kata-kata ust syaari dalam seminar pembangunan mahasiswa..Sultan Muhammad Al-Fateh dh conquer dunia pada umur 22 tahun..bila fikir2 balik..dh 22 tahun,tapi ape laa sumbangan diri ni kat family,sahabt2,masyarakat..negara apatah lagi..

moga peluang hidup didunia yang sementara ni terisi dengan baik..

terima kasih Ya Allah kerana selalu kuatkan hambaMu yang lemah ini~


Monday, August 2, 2010

Aku MencintaiMu Setulusnya


Tuhan,
Betapa aku malu..
Dengan semua yang Kau beri..
Padahal diriku selalu membuat diriMu kecewa..
Entah mungkin kerna ku terlena..
Sementara Engkau beri ku kesempatan berulang kali..
Agar aku kembali..
Dalam fitrahku sebagai manusia..
Untuk menghambakanMu..
Betapa tidak ada apa-apanya aku dihadapanMU..
Aku ingin mencintaiMu setulusnya..
Sebenar-benar aku cinta..
Dalam Doa,
Dalam ucapan,
Dalam setiap langkahku..

Aku ingin mendekatiMu selama-lamanya
Sehina apapun diriku
Ku berharap untuk bertemuMu,Ya Rabbi

Dalam menjalani hidup yang mencabar,
kadang-kadang banyak perkara yang kita terlepas pandang..
tak banyak orang nampak apa yang ada pada dirinya adalah yang terbaik untuk dirinya..
ramai orang lupa hanya Allah sebaik-baik penolong dan tempat bergantung..
maka,
berdoalah kepadaNya..
mohonlah ampun kepadaNya..
mengadu dan menangislah kepadaNya..
dan jangan terkejut jika sesuatu yang anda tidak pernah terfikir tuk berlaku,akan berlaku dalam hidup anda..
juga mungkin Allah makbulkan doa kita tanpa kita sedar..

sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segalanya~

Saturday, July 31, 2010

I think my life is just fine~

Serikandi PPI + 1 Pahlawan PPI~

not ready yet..

teknikal + usher + program + promosi

Tahniah kepada semua penggerak yang menjayakan Talk Series 2 Get 2 Know: Forum Do n Don't..program terakhir yg berjaya dijalankan dengan jayanya~

always happy together..moga ukhuwah selama bergerak kerja bersama2 ini berkekalan~