“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan dan berkata:
‘Sungguh,aku termasuk orang-orang muslim
yang berserah diri?”
[Fussilat, 41 : 33]





Monday, February 14, 2011

Fitnah Wanita



Rasulullah S.A.W bersabda:
“Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang lebih besar yang dihadapi kaum lelaki kecuali fitnah para wanita.”
[HR Bukhari dan Muslim]

wanita terlalu hampir kepada fitnah..setiap apa yang dilakukan mudah terjerumus kepada fitnah..dalam keadaan dunia yang cuba manaikkan taraf wanita setanding lelaki tidak kira dalam bidang apa pun..wanita tidak sedar bahawa sebenarnya mereka sangat hampir kepada fitnah..semakin banyak wanita terdedahseperti yang dikatakan Bro Nicholas dalam talk Valentine:celebration or deception..salah satu lubang kepada maksiat terbuka apabila wanita bebas seperti bebasnya lelaki.. kepada lelaki, semakin besar fitnah yang mungkin dihadapinya..

elokkah wanita bersuara lantang dihadapan lelaki memberi arahan atau provokasi?
patutkah wanita berada dihadapan sedangkan masih ada lelaki yang mampu berada dihadapan?
jawapannya tentu tidak bukan?itulah zaman sekarang yang serba moden..wanita kononnya mampu menjadi sehebat lelaki..sedangkan pada zaman Rasulullah..wanita yang mengikuti peperangan tidak berperang melainkan memasak dan merawat luka..kerana wanita bukan front liner..


Sabda Rasulullah SAW :
”Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya.”
(Riwayat Imam-Imam Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzy dari sh. Abi Hurairah r.a.)


Firman Allah:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan...
[Surah An-Nur:Ayat 31]

Ayat yang wajib untuk wanita pegang sebagai panduan untuk menjadi wanita solehah dan menglakkan fitnah.Namun berapa ramai yang mengamalkan.

Wanita dengan sifat kasih sayangnya amat diperlukan sebagai seorang yang taat kepada suami,menjaga rumah dan melahirkan dan membesarkan pejuang Islam, bukannya bertempur bersama lelaki di alam kerjaya yang tentunya lebih sesuai untuk kaum lelaki yang mempunyai dayasaing yang tinggi sedangkan wanita tidak. Walaupun bekerjaya dan bekeluarga dalam masa yang sama itu boleh dan tidak salah, mengikut pemerhatianku, efficiency lebih rendah. Dalam arus kehidupan yang penuh cabaran,ramai terlepas pandang akan penjagaan kehormatan seorang wanita..doktrin mengejar kejayaan lebih hebat berbanding apa yang sepatutnya..

Solution+Prevention::
-wanita mestilah sedaya upaya menjadi wanita solehah dan bergantung sepenuhnya dengan Allah swt
-wanita tidak mampu melindungi diri 100% jika masyarakat sekeliling tidak ambil cakna akan keselamatan dan kehormatan wanita
-muslimin soleh mesti menyelamatkan wanita solehah

rapuhnya wanita kerana kuatnya lelaki untuk melindunginya
wajibnya wanita menjaga aurat kerana susahnya lelaki menjaga pandangan

cantiknya ciptaan Allah dalam menciptakan kelemahan dan kelebihan wanita dan lelaki yang akhirnya menjadi puzzle yang saling melengkapi..
kehebatan wanita dan lelaki sangat berbeza..masing2 punya kelebihan,namun sayang apabila disama rata kan..

ayuh mencari cinta dan redha Allah..
kepada Allah kita berserah diri~

secebis pandangan dari insan kerdil yang masih bertatih

Friday, December 17, 2010

r.a.p.u.h

Detik waktu terus berjalan

Berhias gelap dan terang
Suka dan duka,tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya
DiriMu yang bertahta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
...

satu ketika,saya rasa sangat lemah..saya memang lemah..semangat seolah-olah tenggelam timbul..dalam titian kehidupan menuju cinta Allah yang penuh dengan ujian..dalam arus perjuangan yang penuh badai..kadang-kadang saya tersungkur.tika itu, lelahnya hati hinggakan air mata seolah membeku..namun,saya cuba bangkit..apabila melihat ramai orang merasakan sesuatu yang jauh lebih teruk dari saya..kerdilnya saya tuk terus tersungkur..sedangkan saya punya AMANAH..saya punya tanggungjawab..


hingga satu ketika,saya sedar betapa hinanya diri ini jika terus berduka dengan sedikit ujian dariNya..tika itu,air mata mengalir deras,pada Allah saya mengadu..menyesali kesilapan diri kerana terlalu mementingkan diri..sedangkan Allah turunkan ujian dengan hikmah yang besar..masalah itu didikan dari Allah,tarbiah secara langsung dari Allah untuk kuatkan hati kita..


walau kini,andai saya terhimpit ditengah-tengah dengan aduan lelahnya sahabat sahabiah dalam titian yang sama..saya cuba membantu yang terbaik..kerana itu tanggungjawab saya..saya sedar saya harus kuat,bertahan dengan segala yang mendatang..walau terkadang,saya mungkin tersungkur semula..saya harus bangkit dengan pantas..demi cinta Allah~demi perjuangan yang hakiki..demi sahabat yang memerlukan..demi keluarga yang banyak berkorban..


sekadar muhasabah buat diri yang kerdil~

Sunday, December 5, 2010

Manisnya Ukhuwah~


lame tak usik blog ni..dah jadi blog usang dah..

Tiba2 terasa nak tulis tentang ukhuwah..
kebelakangan ni,terasa ukhuwah sangat manis..bermula dengan Konvoi Walimah Angah,memang asyik gelak & senyum je..duk ramai2,borak2..usik sana usik sini..buat kecoh kat rumah angah,rumah kak ila n resort family kak yah..tidur ramai2 macam kat umah tok..lupa segala masalah~

Tambah lagi,bilamana Baitul Munawwarah selalu dipenuhi dengan sahabat2 yang saya yakin kami berukhuwah keranaNya..terasa ukhuwah terlalu berharga dan indah..penuh dengan cerita2 dari semua..kami makan ramai2,selalunya kak yuz masak(sedap!)..dalam pinggan mahupun talam,riuh rendah rumah ni..tidur ramai2..tengok citer ramai2(bising macam ape je duk komplen citer tu tapi tengok jugak)..solat berjemaah ramai2(sebelum ni xramai sangat)..bila nak pegi meeting atau program,ramai2 cop mengecop toilet..berebut iron..macam2 gelagat dan aksi..memang macam adik beradik!.

Paling best..pergi pasar malam dengan motor ramai2 dalam hujan..cik hani dah offer kete die,ingatkan tak hujan..hujan rupanya..then mandi la hujan ramai2..cam budak kecik tapi sangat seronok..nasib baik takde yang demam(keje banyak nih)..alhamdulillah~

Bersama2 dengan orang fikrahnya sama dengan kita..walaupun sekarang tak cukup ramai,perkara terbaik adalah takde isu ukhuwah..tak pening dengan isu ukhuwah yang pernah menjadi masalah dahulu..moga berkekalan~

Satu minggu yang saya rasa semangat saya sangat menurun disebabkan result,kesihatan dan macam2 lagi terubat dengan adanya perasaan gembira bersama mereka..bukti yang kukuh kenapa kita perlu hidup berjemaah!!

Dalam hepi2,terfikir jugak..mesti rindu semua ni bila dah grad..
moga ukhuwah ni berkekalan sampai syurga~ameen~

huhu~luv u all::ahlul BM+penghuni tambahan BM..
Kerana Allah,saya sayang antumna~

Tuesday, October 19, 2010

final exam~


Segalanya milik Allah..
kita hanya peminjamnya sahaja..jika Allah mengtakdirkan kemenangan,maka segalanya akan berjalan kearah kemenangan..begitu juga sebaliknya..kita adalah hamba yang perlu sentiasa berusaha dan berdoa untuk segala kebaikan dariNya..kerana segalanya telah ditentukan Allah..

begitu juga dengan peperiksaan..musim final exam ni,sangat2 memerlukan bantuan dari Allah s.w.t..moga Allah bagi kekuatan pada semua untuk belajar bersungguh2,kesihatan yang baik dan dapat menjawab peperiksaan dengan mudah dan lancar..[penambahan::bukan musim final sahaja kita memerlukan bantuan Allah,malah sepanjang hayat kita memerlukan bantuan dari Allah dan sememangnya segala-galanya datang dari Allah s.w.t]

hoho~~sangat takut final kali ni..disebabkan FYP yang telah mencuri masa saya dengan banyak sepanjang sem ni,saya telah mengabaikan subjek2..sekarang tengah pulun dalam keadaan yang agak lost..sungguh horror jadinya..bimbang!

moga Allah permudahkan segalanya..ameen~

sekadar menambah semangat belajar diri yang lemah ini..

Thursday, October 7, 2010

Akhlaq dan Adab Jama'i(part 1)

teringat kata2 seseorang suruh saya share isi kandungan usrah selasa lepas ..usrah yang memberi makna pada saya dan saya anggap agak rugi bagi yang tak dapat menyertainya..sedikit sebanyak usrah ini menambahkan kekuatan jiwa yang makin lemah hari demi hari..

isu yang banyak ditimbulkan adalah mengenai akhlak dan adab jama'i..agak khusus untuk para pimpinan atau orang2 yang dinamakan pejuang islam..

akhlaq dan adab jama'i
yang pertamanya adalah isu patuh pada keputusan jemaah..saya sangat bersetuju dengan kata-kata ustaz bahawa sekarang perkara ini makin berkurang dan makin lemah..mungkin silap pimpinan tertinggi, mungkin juga generasi sekarang adalah generasi Y dimana mereka adalah golongan yang ingin tahu dan banyak bertanya..jika tak menepati pendapat sendiri,maka tak nak ikut arahan..bertanya tidak salah,tetapi tidak patuh itu salah dan mengundang kesusahan pada banyak pihak..mungkin juga faktornya adalah kerana tidak faham fiqh aulawiyat..mungkin ini masalah terbesar yang pejuang hadapi..sedangkan jika kita patuh pada arahan yang tidak melanggar syara',InsyaAllah perkara baik yang kita akan dapat setelah itu..adakah arahan sesimple datang study group tuk hanya masa sejam adalah masalah yang berat dan besar dan perlukan penjelasan yang teliti..atau usrah dan konsert,mana lebih penting itu perlukan penjelasan lanjut?itu kes yang simple,yang lain2..?! Tepuk dada Tanya Iman..

Firman Allah:

"dan sesiapa yang berjuang,maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;sesungguhnya Allah Maha Kaya(tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk"
(Surah Al-Ankabut:ayat 6)

oleh itu,kejarlah syurga yang abadi..jangan difikirkan sangat kesusahan kita yang tak susah mana barangkali..boleh jadi jika kita tak susah dengan kerja-kerja memperjuangkan Islam,kita akan lebih susah dengan kerja lain..percaya dan yakin akan bantuan Allah,maka kita akan dipermudahkanNya..

Islam tak perlukan kita,kita yang sebenarnya amat2 perlukan Islam..

Tak menyesal orang yang bermesyuarat,Tak rugi orang yang beristikharah~

Monday, September 27, 2010

precious Weekend~

Tenaga kerja biro program muslimat(+anis tgh buat keje kot)..
Tengah fikir modul yang banyak xsettle kot..
muka2 xcukup tido..

Jungle Trekking bermula..
Tapi muslimin jalan laju sangat,sian muslimat xlarat nak kejar diorang..
pastu marah kami lambat..xsempat nak nikmati keindahan alam..btw,thanx kpd J..,A..&H.. sebab alert dengan condition muslimat..

Kami jadi juri..penuh gelak tawa~
Sketsa-Pentomen-Choral Speaking-Teater Musikal

Persembahan adik2 yg mcm2 aksi..great!
Aksi2 lawak-keinsafan-macam2 lagi

Debate hangat: Isu sekolah bayi

Debat penuh pentarbiyahan..isu logo halal

Modul2 yg dijalankan..
@ Nur Lembah Pangsun yg cantik

Race dengan muslimin..

Muslimat Power!Race je wpon dh tahu akan kalah..

Openhouse Rumah Kak Azlin&Abg Rosli..
balik Smart Camp terus gi makan..

Minggu yang bermula dengan keadaan yg amat2 sibuk dengan macam2 hal..kena hantar assignment+kena hantar progress report 2 project yang memerlukan research yang sangat2 banyak dan meletihkan+program Openhouse PPI+meeting2 Smart Camp+dll menjadikan minggu lepas minggu yang horror pada awalnye dan dengan byknye accident2 yang menghorrorkan jiwa last weekend..

Allah ganti balik perasaan yang tidak seronok last week tu masa smart camp 2010 yang berlangsung weekend baru ni(24/9-26/9/10)..sgt banyak benda2 yang fun dan meninggalkan kesan..mungkin program tersebut tak berjaya dengan gemilangnya..tapi saya rasa seronok walaupun letih..mungkin sebab ukhuwah bersama sahabat2,adik2 dll..

all the activities,jokes,ustazs bring me to relax mode even sometimes something not good were occured..huhu~anyway,i enjoyed my time..

terima kasih Ya Allah sebab bagi saya peluang menyumbangkan sedikit tenaga untuk kerja2 dakwah ini..

Tuesday, September 21, 2010

I was so lost!

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away
Showed me the right way, the way to lead
You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you
You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

You came to me in a time of despair
I called on you, You were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between
For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you
I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH
You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you
You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

So many bad things happen to me,don't know how & why..Allah is testing me right now(perhaps),how strong i am..how i overcome all the problems,how strong is my dependence on Him..its hard!And for sure there should be no sigh,no complaint and i have to accept whatever come to me..or it is Kifarah for my sins..hopefully all this make me stronger than ever!!Thank you Allah for everything..

Yeah!! I'm STRONG..nobody should see my miserable face..