Diceritakan oleh datuk Saiful Islam(ayah Hassan Al-Banna) : Hassan Al-Banna pada suatu hari Jumaat pernah dikatakan hilang. Keluarga mencarinya namun tidak berjaya ditemui. Akhirnya, ada seorang ahli keluarga menyarankan supaya mereka cuba membuka pintu masjid dan melihat-lihat di dalam masjid, siapa tahu Hassan Al-Banna ada disana. Ternyata benar, mereka menemuinya di mimbar masjid. Ketika ditemui, beliau sedang berkhutbah di mimbar masjid yang kosong tanpa jemaah yang telah selesai menunaikan solat jumaat. Hassan Al-Banna rupanya sedang meniru datuk Syeikh Ahmad Abdurrahman al-Banna rahimahullah, yang menjadi khatib di masjid ketika solat jumaat.
Peristiwa itu menjadi sebahagian persiapan Allah s.w.t kepada Hassan Al-Banna, untuk menjadi orang yang memperjuangkan dakwah Islamiyah. Saiful Islam berkata: "Saya juga ingat,suatu ketika ayah menyampaikan khutbah pada tahun 1946,dalam rangka mengingati tokoh pemimpin Mushtafa Kamil(kader Ikhwan al-Muslimun) yang banyak memainkan peranan dakwahnya. Ketika itu ayah mengatakan"Pemimpin itu ada tiga kategori:Pemimpin yang mencetak dirinya,pemimpin yang diciptakan zuruuf(keadaan) dan pemimpin yang diciptakan oleh Allah s.w.t".Pada pendapat saya,ayah adalah pemimpin daripada kategori yang ketiga"
Imam Hassan Al-Banna adalah manusia Rabbani yang dikurniakan Allah swt pelbagai kemampuan dan keupayaan. Lalu kurnia itu juga diberikan Allah dalam bentuk menumbuhkan keikhlasan dirinya untuk bekerja kerana Allah.
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan dan berkata:
‘Sungguh,aku termasuk orang-orang muslim
yang berserah diri?”
[Fussilat, 41 : 33]
Wednesday, March 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment