“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya
daripada orang yang menyeru kepada Allah
dan mengerjakan kebajikan dan berkata:
‘Sungguh,aku termasuk orang-orang muslim
yang berserah diri?”
[Fussilat, 41 : 33]





Tuesday, August 24, 2010

Muktamar Sanawi ke-12:PPIUNITEN


Cukup setahun legasi Pimpinan Persatuan Pengajian Islam sesi 2009/2010 mencuba sedaya upaya menjalankan aktiviti2 dan amanah yang dipegang..kini menjelang muktamar atau dikenali sebagai Annual Grand Meeting bagi Persatuan Pengajian Islam ke-12..dalam kelegaan kerana akan melepaskan dan mewariskan amanah2 kepada pewaris2 perjuangan yang baru,moga nafas baru akan gemilangkan lagi PPI yang kusayangi..saya yakin bakal2 pimpinan mampu mengorak langkah lebih baik dalam memperjuangkan Islam di UNITEN..

Tapi,saya sangat takut akan perlaksanaan amanah saya selama satu sesi yang pastinya banyak kekurangan..moga Allah mengampuni segala kekurangan saya dalam melaksanakan amanah yang dipegang..

Kenangan selama menjadi pimpinan persatuan bagi ini sesi amat saya hargai..walaupun bercampur2 rasanya,ada yang manis,pahit dsb..ia tetap satu pengalaman yang mematangkan diri saya dan mengajar banyak perkara seperti time management,professional work,public relation,leadership dan banyak lagi..saya percaya ilmu2 ini akan digunakan pada masa hadapan..yang lebih penting yang saya dapat adalah proses pentarbiyahan secara langsung mahupun tidak langsung menguatkan dan mematangkan diri saya..

Perkara yang paling penting adalah ukhuwah antara pimpinan..mungkin ada caca merba nya..namun banyak yang manis setelah pahit yang dilalui..dalam proses mengenali sahabat seperjuangan,mana mungkin semuanya manis dan senang..tapi hasilnya,baik bagi yang baik..Allahualam~

Di mana bumi dipijak,di situ Islam ditegak~
saya sayang PPI..

0 comments:

Post a Comment